Prosedur
December 26, 2009
Proses Tempahan
1. Isi Borang Tempahan
- Deposit RM20 semasa membuat tempahan
- Emailkan slip pembayaran atau printscreen jika pembayaran dilakukan secara online ke wmgraphic@yahoo.com untuk pengesahan tempahan. Anda juga boleh mengesahkan pembayaran anda dengan mengisi Borang Pengesahan Pembayaran pada bahagian Pembayaran.
- Kerjasama dari anda diperlukan untuk Pengesahan Pembayaran bagi mengelakkan kelewatan tempahan anda diproses.
.
2. Proses Artwork
- Setelah kami menerima pembayaran deposit RM20, proses artwork akan dimulakan. Proses artwork mengambil masa 1-2 hari bekerja bergantung kepada tahap kesukaran artwork dan tempahan yang kami terima.
- Artwork yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan. Sila berikan alamat Email yang betul untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul
.
3. Semakan Artwork
- Sila semak artwork yang dihantar dengan teliti dan maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang kesilapan.
- Proses cetak akan dimulakan setelah mendapat pengesahan dari anda dan baki bayaran telah dijelaskan.
- Selepas proses cetak dimulakan, jika dikesan terdapat kesilapan adalah diluar tanggungjawab pihak kami kerana pihak kami telah memberi ruang untuk anda membuat semakan artwork.
.
4. Proses Cetak
- Anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk membolehkan kad anda dicetak.
- Kad tidak akan dicetak selagi kami tidak menerima pembayaran. Emailkan kepada kami slip pembayaran ke wmgraphic@yahoo.com untuk pengesahan. Anda juga boleh mengisi Borang Pengesahan Pembayaran pada bahagian Pembayaran.
- Proses cetak mengambil masa 3-4 hari bekerja.
5. Tempahan Siap
- Kad yang telah siap akan dihantar melalui Pos Laju atau Sky Net. Sila pastikan anda memberikan alamat penghantaran yang lengkap dan betul semasa mengisi Borang Tempahan bagi mengelakkan masalah yang akan timbul kelak. Kos penghantaran adalah percuma (Semenanjung Malaysia shj). Anda boleh menyemak status tempahan anda pada bahagian Status.
Popularity: unranked [?]



