FAQ
December 26, 2009
Soalan Lazim / FAQ
Bagaimanakah cara untuk saya membuat tempahan?
Untuk membuat tempahan, anda perlu mengisi Borang Tempahan Online. Sila klik pada menu BORANG TEMPAHAN untuk mengisi borang tempahan online. Deposit RM20 dikenakan semasa membuat tempahan. Apabila artwork sudahpun dihantar kepada anda, deposit ini tidak akan dipulangkan sekiranya anda membatalkan tempahan.
Adakah deposit RM20 termasuk dalam jumlah harga keseluruhan?
Ya. Deposit RM20 adalah termasuk dalam jumlah harga keseluruhan. Anda cuma perlu membayar baki yang selebihnya apabila anda sudah bersetuju dengan artwork yang telah dihantar kepada anda.
Berapa lamakah proses tempahan siap?
Setiap tempahan mengambil masa 4 – 6 hari bekerja selepas pengesahan artwork.
Berapakah charge artwork?
Cas rekabentuk dan artwork adalah percuma. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk design Bisnes Kad anda.
Berapa pula kos untuk penghantaran?
Kos penghantaran juga adalah percuma. Kami menggunakan khidmat Sky Net.
Berapa lamakah proses artwork dapat disiapkan?
Artwork dapat disiapkan dalam masa 1 – 2 hari bekerja bergantung kepada tahap kesukaran artwork dan tempahan yang kami terima.
Jika saya membatalkan tempahan, adakah deposit saya dikembalikan?
Deposit tidak akan dikembalikan setelah artwork siap dan dihantar kepada anda. Jika anda membatalkan tempahan sebelum artwork dihantar, deposit anda akan dikembalikan.
Adakah warna kad siap cetak sama seperti artwork yang dihantar kepada saya?
Tidak. Setiap output siap cetak tidak akan 100% sama seperti yang anda lihat di skrin komputer.
Adakah pihak BisnesKadOnline.com mengambil tempahan URGENT?
Tidak. Pihak kami tidak menerima tempahan urgent.
Adakah pihak BisnesKadOnline.com mengambil tempahan dari Sabah dan Sarawak?
Tidak. Buat masa sekarang kami tidak mengambil tempahan dari Sabah dan Sarawak.
Sekiran saya membuat tempahan 500pcs 2 side printing, Bolehkan saya menempah 300pcs untuk kad Design A dan 200pcs lagi untuk kad Design B dengan harga RM85?
Tidak. Harga yang dinyatakan pada bahagian harga adalah untuk satu design kad sahaja dan tempahan min. adalah 300pcs.
Mengapakah setiap tempahan dimestikan membayar bayaran penuh sebelum kad dicetak?
Untuk makluman, pihak Bisneskadonline.com hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja. Kad akan dicetak oleh pengilang, dan pengilang akan terus menghantar kad yang telah siap ke alamat anda. Oleh sebab itu Bisneskadonline.com memerlukan bayaran penuh sebelum kad dihantar cetak.
Popularity: unranked [?]



